Thursday, April 3, 2008

Intro

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai penanaman anggur malaysia. Seperti yang kita ketahui spesis anggur ni hanya hidup dan berbuah di suatu tempat yang beriklam sejuk. Disini saya kongsi sedikit sebanyak kaedah penanamannya dan disertai dgn beberapa gambar. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau pandangan untuk dikongsi bersama amatlah dihargai. sekian

Jenis-Jenis Spesis Pokok Anggur

1) ISABELLA - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Warna Buah Masak: MERAH TUA
2) ISABELLA MADU - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: MERAH TUA
3) I.A.C - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: HIJAU
4) WHITE MALAGA - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: HIJAU
5) CARDINAL - Tempoh berbuah: 12-14BULAN, Buah Masak: MERAH
6) BLACK MUSCAT - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HITAM
7) THOMPSON - Tempoh berbuah: 14-16BULAN, Buah Masak: HIJAU KUNING
8) BLACK OPEL - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HITAM BIRU
9) GREEN PERLIET - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HIJAU
10) C.B.R - Tempoh berbuah: 12-15BULAN, Buah Masak: HITAM

Cara-Cara Menanam Anggur

Cara menguna tapak :
· Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
· Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
· Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
· Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
· Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
· Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
· Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
· Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
· Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
· Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.


Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
· Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
· Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
· Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
· Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
· Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
· Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.


Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
· Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
· Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
· Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
· Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
· Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.


Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1)
· Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
· Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2)
· Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
· Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
· Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
· Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
· Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
· Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .


Menambah Kemanisan Buah
· Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
· Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
· Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
· Merancang pembuahan pada musim panas.