Thursday, April 3, 2008

Cara-Cara Menanam Anggur

Cara menguna tapak :
· Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
· Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
· Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
· Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
· Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
· Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
· Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
· Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
· Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
· Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.


Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
· Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
· Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
· Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
· Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
· Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
· Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.


Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
· Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
· Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
· Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
· Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
· Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.


Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1)
· Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
· Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2)
· Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
· Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
· Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
· Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
· Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
· Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .


Menambah Kemanisan Buah
· Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
· Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
· Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
· Merancang pembuahan pada musim panas.

8 comments:

lenting said...

hebat kamu kalau semua rakyat malaysia mcm kamu , mesti penuh pokok anggur kat mrr2..hihihi

kinh kong

tajudin said...

salam bro Z,

boleh cadang ladang anggur contoh yang boleh dilawati di sekitar lembah kelang?

sekumpulan rakan2 saya bercadang berkonvoi untuk melawatnya.

terimakasih.

MOHD ASROL BLOG said...

salam tuan. Ada benih thompson tak?

CHE DAUD said...

Salam sejahtera tuan .
macam mana untok mendapatkan benih 2
anggur tersebut.

9w2zmk said...

assalam.....saya tanam anggur hitam dan hijau,cara untuk menghasilkan bunga dan buah dah saya lakukan tapi bila dah buah terhasil bagaimana untuk saya jaga supaya ia cepat membesar dan matang. adakah perlu saya membuat pemangkasan lagi semasa buah sedang membesar.

mohdrashid said...

Macam mana saya boleh beli keratan batang anggur jika saya d di sabah

Abd Ghani Khatim said...

barut baru ini 1/12/2013 saya membeli dua pokok anggur dan pokok ros yang berbunga. pokok ros saya hadiahkan kepada si buah hati tetapi dua pokok anggur tersebut adalah khas untuk saya sebagai suatu peluang bagi untuk mencabar diri . .mencabar diri bolehkah menanam pokok ini seperti pengusaha pengusaha anggur tanahair.

Abd Ghani Khatim said...

Saya sangat sangat mengalu alukan komen dan nasihat dari mereka yang berjaya kerana saya masih sifar dalam penanaman anggur.